KATEGORI DAN KRITERIA PERTANDINGAN

KATEGORI PERTANDINGAN:

KATEGORI A
Persediaan hidangan seimbang dengan cara masakan masakan tradisional.

  1. Peserta perlu menyediakan 6 jenis masakan yang akan dimasak/disediakan semasa pertandingan.
  2. Masakan yang dipilih (6 jenis) haruslah seperti berikut:

Masakan 1             – Sumber Karbohidrat

Masakan 2             – Sumber Protein

Masakan 3             – Sumber Vitamin

Masakan 4             – Pencuci mulut

Masakan 5             – ‘Appetizer’/ Ulam

KATEGORI B
Persediaan hidangan seperti jenis-jenis jeruk, manisan, kuih-muih atau pencuci mulut.

  1. Peserta perlu menyediakan 3 jenis hidangan yang perlu dimasak/disediakan sebelum pertandingan.
  2. 1 daripada 3 jenis hidangan ini PERLU DIDEMONSTRASIKAN cara pembuatannya pada hari pertandingan.
  3. Hidangan wajib (sila pilih antara [a] atau [b]):
    [a] Nonsom(bosou) dan Sinuko
    [b] Hinava dan Sinuko

    Hidangan pilihan:
    Kuih-muih / Manisan / Pencuci Mulut

KRITERIA PERTANDINGAN:

+ Setiap penyertaan teridiri daripada dua peserta (1 kumpulan, 2 peserta):

– Generasi Muda berumur lingkungan 16 – 28 tahun
– Veteran berumur 35 tahun ke atas

+ Peserta DIWAJIBKAN memakai pakaian tradisional semasa memasak dan pameran makanan tradisi.

+ Hidangan dalam Kategori A WAJIB disediakan pada hari pertandingan manakala hidangan dalam Kategori B hendaklah dibuat lebih awal dan dipamerkan pada hari pertandingan.

+ Namun demikian, bagi Kategori B, salah satu hidangan daripada 3 hidangan yang dipilih PERLU DIDEMONSTRASIKAN cara pembuatannya pada hari pertandingan.

+ Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan Resipi Lengkap & Kad Menu dan hendaklah mempamerkannya pada hari pertandingan.

+ Semua masakan hendaklah menggunakan bahan tempatan.

+ Peserta digalakkan menggunakan bahan perasa Maggi atau Nestle. Markah akan diberikan kepada peserta yang menggunakan bahan perasa tersebut.

+ Hidangan yang disediakan hendaklah cukup untuk 5 orang.

+ Peserta bertanggungjawab untuk membawa bekas menghidang, alas meja dan perhiasan sendiri termasuk bahan-bahan masakan.

+ Peralatan memasak dan keperluan asas lain juga dibawa oleh peserta sendiri kecuali yang disebut dalam Perkara 12.

+ Peserta boleh menghias meja sebelum pertandingan bermula.

+ Pihak penganjur akan menyediakan dapur, gas dan kuali.

PENTING:

  1. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20hb Mei 2010.
  2. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Norhanida Annol (0198711887) atau
    Puan Agnes Sibangan(0198021794)
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: